Minda Sedar dan Minda Separa Sedar

Apa itu minda? Minda ialah tenaga yang terbentuk daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain lagi. Minda terbahagi kepada dua iaitu minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (subconscious mind).

 

Minda Sedar

Minda sedar hanya berfungsi dalam alam fizikal di mana pancaindera banyak memainkan peranan. Minda sedar berfungsi melalui pengawalan lima pancaindera yang berkaitan dengan dunia nyata iaitu penglihatan (visual), pendengaran (audio), sentuhan (kinesthetic), bau (olfactory) dan rasa (gustatory).

Pada peringkat ini, minda kita dibatasi oleh ruang dan masa. Batasan ini berlaku kerana minda sedar hanya berhubung dengan alam nyata atau alam fizikal. Minda sedar juga dapat berfikir dan mengeluarkan pendapat. Di sinilah letaknya kebebasan memilih dan mengawal apa yang kita fikirkan. Pemikiran ini menghasilkan buat fikiran (thought). Buah fikiran ini pula memberikan arahan kepada minda separa sedar.

 

Minda Separa Sedar

Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semula jadi tanpa kita sedar ataupun merasainya. Aktivitnya melibatkan perasaan, emosi dan sebagainya. Minda separa sedar menjalankan tugasnya melalui aktiviti denyutan jantung, mengatur sistem peredaran darah, sisten pencernaan, proses asimilasi dan sistem perkumuhan.

Minda separa sedar juga bertugas secara terlatih, sama ada sedar ataupun tidak. Contohnya memandu kereta, memakai pakaian bersukan, memanah dan sebagainya. Dengan kata lainya, aktiviti minda separa sedar melibatkan tugas-tugas yang berulang kali kita lakukan tanpa perlu berfikir dengan teliti serta tanpa sedar cara melakukannya.

Minda separa sedar juga dapat mencetuskan idea-idea baru dan hebat. Ia juga dapat menyembuhkan dan menghalang penyakit. Walaupun sedang tidur, minda separa sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi.

Selain itu, minda separa sedar berupaya merkodkan segala pengalaman kita seumur hidup. Para saintis percaya setiap kejadian yang terperinci disimpan dan direkodkan dalam minda separa sedar. Minda separa sedar merakamkan setiap peristiwa yang berlaku seperti kamera atau program computer. Ia melibatkan seluruh aktiviti kehidupan termasuk emosi, tabiat, hubungan dengan orang lain, kewangan, kesihatan dan berat badan.

Minda separa sedar juga adalah sumber cita-cita dan aspirasi serta mendorong sikap berperikemanusiaan. Fikiran, kepercayaan, pendapat dan dogma yang terpahat pada minda separa sedar, dapat kita rasa dan alami. Dengan kata lainya, apa yang kita catat dan fikir dengan penuh perasaan, dialami secara fizikal. Ini disebabkan oleh minda separa sedar yang tidak memperdebatkan perkara yang dimasukkan tetapi menerima setiap keputusan dan kesimpulan secara mutlak.

Sebenarnya, minda manusia memiliki dua komponen yang berfungsi secara berasingan antara satu sama lain. Minda separa sedar dianggarkan berfungsi sebanyak 88/90 peratus daripada minda manusia berbanding hanya 10/12 peratus minda sedar. Ternyata minda separa sedar penting bagi merekodkan setiap peristiwa dan pengalaman. Ini dipangil sebagai kebiasaan yang membolehkan kita melaksanakan tabiat harian tanpa perlu berfikir.

 

Leave a Reply